Wednesday 26 December 2012

HILANG.

Rasaku kian hilang.
Di timbusi oleh karat-karat dosa.

Allah.
Di mana arah ingin ku cangkul kembali
tanah tandus kontang yang pernah subur-segar ini?

Allah.
Sudah layu kah aku?

Rasa.
Pulanglah.



Wednesday 7 March 2012

KEJAR MASA TAPI BUKAN SERENTAK SEMUA.

Nasihat itu datang sedikit-sedikit.
Jika dihimpunkan sekali-gus dan dituntut secara mendadak.
Manusia macam aku dan kamu yang aku percaya akan binasa.
Aku angguk kepala. Mengerti kenapa Agama pujaan ini dihantar berperingkat-peringkat.
Ajarkan aku ALIF hari ini. Dan esok pula BA. 
ALIF BA TA. Di kumpul dalam satu "kuliah".
Aku lelah dan tercicir nanti.
Beri aku nafas sebentar untuk tutup mata dan fahami sebutannya. 
Asal usulnya. Latar belakangnya. Reka bentuknya.

Aku tidak mahu menjadi pengakur yang menerima sesaja-saja!
Aku mahu jadi penganut yang memahami dan mengenali maksud dan dari mana ia datang!
Berhenti mengajar aku seolah engkau adalah TERPALING BIJAKSANA.

Oh. Ini jerkahan batin yang tertahan. Heh!
Memang aku tuju buat seseorang yang asyiknya meludah bicara.
Mempertahankan hujjah, dan menidak-tidakkan kita.
Sebal. Aku amat marah jikalau aku bertingkah angkuh.
Apalagi sesama aku-aku yang sama ini. Hei! 
Apa kau ingin menjadi sebahagian CELAKA?

*diam*

Disini tidak akan ada. HAHAHA. KAH KAH KAH.
Senyap.

PERUTUSAN PERTAMA.

Bismillah. Allahumma Sholli Ala Muhammad.

Bukaan baru. Kenapa?Kerana entiti ini akan membabakkan huruf-huruf "khusus".
Meski begitu, sukacita aku sebar-kongsikan secara kebersamaan.

Ini ruang peribadi yang namanya disebut sebagai aku. Barangkali boleh jadi seperti bilik bacaan dan nota tulisan si aku tentang kesenyapan fikiran yang selalunya berbunyi-lonjak seakan gema dan pantulan. Dari dalam. Mendasar. Khusus untuk ini. Dengarkanlah detak "kekhususan" ini dalam cara butir huruf yang bersepadu dan berhubung ke satu demi satu penjuru. Rahsia tetapi cukup terdedah. Pendek tapi maksudnya berjela *bibir mengembang* Dan sesungguhnya, kekhususan ini menuntut ketajaman benak dan tebakan yang tepat. Aku persila sosok-sosok yang punya akal halus menerjah ke akar umbinya. Kalau tidak, maaf. Engkau telah bertemu lorong yang salah. Berundurlah dengan aman. Terima kasih.


************************************
Sebenarnya merendah hati itu tidak serumit mana. 
Singkirkan sombong. Itu saja. Bukan?
bagaimana memupuk-bibit kerendahan hati?
bila aku terlalu kenyang, saranku bergerak begini "berlaparlah seketika."
Rasai peritnya dahaga. Ikutilah keterdesakan yang meronta-meminta. 
Mungkin menagih sekeping roti. Mungkin juga mendamba secawan kopi.
Sengsara ini tentu akan berbaloi. Desis nurani.
Dan aku terus-menerus dalam percubaan menjiwai.
Resapi setiap titis keinginan-keinginan yang tertunggak.
Tahanlah hamburan-hamburan suara dalam yang menggelegak.
"Lepaskan aku! Jangan ikat aku! Tunaikan apa mahuku! Sekarang!"

Perih. Aduh.
Makin larut. 
Makin ditahan makin meneriak.
Derita sudah kemuncak. 
Kaki sudah longlai. 
Tangan yang digari sudah mengigil. 
Geletarnya mengoncang.
Diri sudah terhuyung hayang.
Dan muncullah apa yang dikata "rendah hati". Menjelma seperti sakti.
"Wahai Tuhan, Wahai Tuhan, Wahai Tuhanku.."

Tersentak.
Bibir yang disangka tidak akan merayu, melutut menjadi aku. Si pengaku!


Rupanya begini.....
Aku sudah tidak keliru lagi.
Sengsara. Lara. Derita. Nestapa. Duka. Hiba.
Bukanlah subjek buruk yang pernah menerpa. 
Atau sesuatu yang tidak akan ada HASIL dipenghujungnya.
Ada jaminan. Ada! Aku hanya diperintah untuk "menahan dan mendepani" secara rela.
"mereka" ini hanya sandiwara.
Adakah aku bakal terdusta atau terbela didalamnya.

Rumah cantik di langit memang memaharkan ini untuk tuan pemiliknya..
Aduh....tuliskan namaku dalam senarai di antaranya. Tuhan.