Tuesday 1 October 2013

*MENANGIS*

Aku sedih.
Macam biasa emak akan melayangkan babak hidupnya disana
Selaku anak yang menjadi saksi pahit getir dan anak sulung yang paling memahami
aku gagal sembunyikan rasa kecewa yang teramat angkara gelagat adik beradik
Sudah lama aku tidak mengalirkan air kerana aku melatih supaya sentiasa gembira
aku berpegang teguh kalimat 'qod aflaha mukminun' dan mendalaminya sepenuh hati
aku yakini orang beriman tidak akan tergugah oleh sebarang kebimbangan mahu pon dukacita
kerana tumpuannya terhadap allah memusat sebegitu maha tinggi hingga masalah
ibarat sampah kecil dicelahan gigi.

Tapi hari ini allah menyaksikan
betapa berduka nya hatiku kerana memasang telinga tentang 
aduan seorang emak yang hampir berkecai disebabkan karenah anak yang langsung enggan mengerti
hatiku menangis. Dan aku memilih untuk melakarkan tangisan hatiku itu diruang ini
semoga ia menjadi salah satu terapi bagi melegakan segala bentuk kedukaan

allah.
apa sangatlah kudrat yang aku ada sekarang ini?
dimana kemampuan yang aku ada untuk membantu?
aku tersepit ditengah-tengah suasana keluarga yang bermasalah
aku berjuang seorang diri untuk meluruskan kembali keluarga yang hancur berantakan
aku berkorban untuk memperbetulkan apa yang telah salah dan rabak.

allah.
apa yang Engkau sembunyikan disebalik semua ini?
sehingga bila 'gurau senda'MU akan menemui noktah?

aku takut aku penat

*menangis*

aku ingat semuanya sudah tamat
selepas allah membagikan suatu takdir yang tidak pernah aku minta
rupanya disebalik nikmat allah menghadirkan ujian yang berlipat

allah.
dimana harus aku mulakan?
hati ku amat berduka mendengar keluhan emak ku

aku takut aku penat
ya allah.....

aku serahkan urusan kedukaan ini kepada-MU

*menangis*

Tuesday 16 July 2013

MIMPI

Cincin emas dan permata.
Gempa bumi.
Melahirkan anak.
Membunuh orang dengan pedang.
Pedang yang banyak.
Kalimah Muhammad Pesuruh Allah tertulis di kain hitam.
Tok guru memberi amanat ditengah lautan.
Bertemu dengan tokoh perjuangan / pemimpin agung.

Allah

Sunday 14 July 2013

15 TERAPI HATI DI BULAN RAMADHON

1*

Baru saya faham.
Kalau kita MAKIN sabar, kita akan MAKIN sakit sebab kita akan harap Allah BALAS kesabaran kita. Tapi kalau kita REDHA, kita makin BAHAGIA! Sebab kita faham HATI kita sangat bersedia untuk berlapang dada dan menerima. Ini namanya KERELAAN dan KESETIAAN. Fuh! 

2*

 " Rugi kalau ummi dapat abang, sebab abang takda apa-apa. TAPI kalau ummi DAPAT ALLAH ummi untung teramat sangat sebab ummi akan dapat SEGALA-GALANYA "

3*

Nak dapat murka Allah tak payah pergi beli no ekor, tapi cukuplah sekadar HATI tak ada sebutan Allah. Allah kata "kamulah golongan syaitan".. Syaitan tu Allah murka, tapi doanya pun Allah pekenankan.. Kita jangan perasan hebat bila doa kita makbul, sebab selalunya doa kaum syaitan lebih mujarab..

4*

Kenal Allah takboleh. Sila lah berkenalan dengan si MATI.
Ingat mati~ PANDAI
Ingat Allah ~ Selamat terpelihara.

Kenapa ingat mati disebut sebagai orang PANDAI?
Sebab esok mati pakai KAIN KAPAN dan TIDAK BERTEMAN.
Orang pandai ialah orang yang SENTIASA MAHU UNTUNG maaaa.
Apabila OTAK selalu sebut UNTUNG-UNTUNG, kita akan BERTINDAK mencari JALAN-JALAN KEUNTUNGAN disamping MENGKAJI segala kemungkinan risiko akan DATANG. Golongan ini akan sedaya UPAYA menghindarkan sebarang PELUANG untuk RUGI.

Jadi.
Ingat mati.
Kita akan kurang makan. Kurang tidur. Kurang timba harta. Semua serba kurang. Sebab? Dia bijak dah tahu esok mati masuk liang lahad MANA ADA BAWAK KFC dah! Tilam bantal empuk semua tinggal! Apalagi FORTUNER RUMAH BANGLO DUIT JUTA-JUTA. Hello? KAIN KAFAN murah kot! Mereka nampak keuntungan dalam bentuk apabila berharta INFAKKANLAH. Apabila SIHAT, mereka berkerja untuk Allah bukan takat untuk ANAK BINI! Dan macam-macam lagi lah. Ini boleh lah dikata sebagai SKIM PELABURAN MASA MATI. Tadi aku hadir program kementerian tapi satupon aku tak nampak ada PROMOSI SKIM ini. Kasihaaaaaaan kita.

5*

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
(Al-A'raaf 7:176)

 6*

 hujung kalam, pejam mata,bibir rapat lidah tongkat ke lelangit. renung hati qalbu, buang segala bisikan nafsu bisikan syaitan. dengarkan hati menyebut allah allah allah dengan sendiri.

7*

Solat itu mmandang cahaya iman didalam hati.. Bukannya pandang ibu jari kaki, pandang sejadah itu tanda iman.. Sebab itu Allah suruh org yang ada iman solat.. boleh memandang cahaya iman, tidak lalai.. Yang tak boleh pandang buat apa solat?.. Puasa pun jangan, zakat pun jangan.. Sebab itu bayar zakat tapi duit zakat hilang.. tak ada mulianya, Tak diterima Allah ibadatnya..

8*

 Bangunkan hati sayang ke ROH dan MALAIKAT.. Jangan sibuk dengan pembangunan jasmani.. Dalam kubur tak de kisah klcc, jusco, pavilion atau pasar borong selayang.. Yang ada kisah roh.. Mengapa tak mahu cari ilmunya?

9*

syaitan dibelenggu bila ada kaum yg beramal amanah allah. tak kira bulan tak posa pun kena belenggu asalkan dilaksnakan amalan iman. sebab tu walau bulan posa, kalau tak beriman tu sama aje perangainya... auzubillahiminasyaitan nirrajim tu ayat syaitan dibelenggu oleh allah tak kira musim bunga, musim luruh atau musim salji..

10*

puasa itu bersuluk.. amal tundukkan nafsu haiwan.. cari nafsu insan...bukan cari juadah nak berbuka tanda sah puasa, tapi jumpa nafsu insan iaitu roh mutmainnah..bercahaya tanda sah puasa.

11*

 Marilah refresh HATI masing-masing.

Apa itu PUASA?
Dari mana datangnya PUASA?
Aku puasa UNTUK SIAPA?
Kenapa aku WAJIB BERPUASA?
Puasa ini untuk APA pula?
Kenapa ada hukum BERPUASA?
Apa matlamat PUASA?
Di mana HALA TUJU PUASA?

Sila buat 'kertas kerja' RAMADHAN mulai sekarang yaaa
Ummi bambam mengucapkan selamat BERBAHAGIA menyambut ramadhan. Semoga Allah menerima 'bahagian' ibadah masing-masing. TAK PENTING berapa BANYAK AKU BOLEH PUASA, yang utama BERAPA JUMLAH PUASA YANG ALLAH AKAN TERIMA TAHUN INI. Kasihan nanti rugi sia-sia. Mari ingat Allah! 

12*

"Puasa" tapi bazar ramadhan bukan main besarr.. Syaitan dan iblis mana yang nak dibelenggu???? Puasa maknanya PUAS (seronok) dengan mengingati Allah sahaja.. Bukan puas dengan makan minum.. Itu buas namanya.. 

13*

 makanan masuk tak boleh, syaitan masuk boleh? puasa lapar dahaga sahaja... ambil cara halang syaitan masuk kedalam rongga2, baru berlatih menghentikan makanan masuk kerongga...

14*

Bulan puasa, tapi cakap pasal makanan. Nampak dah nafsu lagi besar dari perut masing2...Bukan teman tak tahan, tapi nampak benor mengaibkan diri masing2 di bulan puasa. Apa bulan lain Allah taala lupa nak bagi rezeki kat kamu ke sampai bulan Ramadhan ni kebulur kemain? Yang dituntut tak buat2...kalau kata perli tak le, mengingatkan je

15*

Ali bin Abi Thalib Ra memberi pendapat tentang hati :

" Sesungguhnya Allah Taala mempunyai tempat-tempat air (bejana) di bumi-Nya, yaitu hati. maka hati yang paling dikasihi oleh Allah Taala ialah yang paling halus, yang paling bersih dan yang paling keras. "

kemudian Ali Ra menafsirkan dengan mengatakan :

" Paling kerasnya hati itu mengenai agama, paling bersihnya mengenai keyakinan, dan paling halusnya adalah kepada saudara-saudaranya. "

   

Wednesday 24 April 2013

WAHAI NAFSU YANG TENANG

Wahai nafsu yang tenang tenteram, 
kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. 
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, 
dan masuklah ke dalam syurgaKu... Al-Fajr 27-30.


 Hatinya tidak memandang dunia secuitpun tetapi memandang Allah dalam segala hal.

Wednesday 27 March 2013

TERBUKTI ALLAH ADA.

Allah.
Aku minta coki-coki.
Engkau bagi coklat.

Manisnya Engkau.

Menyisip detik ke belakang.
Terhurai satu persatu.
Tertayang tiap-tiap hempedu.
Dinding adalah saksi kemarahanku.
Terpaku.

Betapa tidak terduganya Engkau menyusun laluan ini.
Coki-coki yang ku rengekkan tidak bersahut.
Lalu ku gendang sesalan dipenjuru waktu.
Akhirnya ngongoi ku makin tenat.
Diamku bergerak, peluh merebak.
Di kala itu, ku kosongkan segala rangka ku.
Ku biarkan Engkau ambil alih.
Dan aku disini hari ini.

Sikitpon TIDAK PERNAH.
Dalam mana-mana desis hati, mana-mana pena ku, mana-mana mimpi.
Yang aku akan pijak tanah ini.


Allah.
Kuasanya Engkau.
Kuasanya Engkau.

Bukti sudah melekat.
Terima kasih Allah.

Sunday 17 February 2013

Allahumma

Allahumma.

Syukur.
Nafasku masih mengangkat diriku.
Syukur.
Aku masih dapat mendengar bunyi kalimah dalam hati.

"Tanda hati gelap bila tutup mata gelap taknampak cahaya. Bila tutup lidah, telinga gagal mendengar degupan kemuliaan dalam diri (roh). Bila renung ke dalam (roh) tidak jumpa jalan menghidupkan hati"~Guru.

Subhannallah.

Allahumma.
Bagaimana misterinya Engkau merangka jadual hidupku?
Yang dulunya terkurung dalam sendu?
Akhirnya Engkau bongkar aku dalam aku?
Sungguh, Engkau adalah MAHA Rahsia.
Dan aku adalah diantara kerahsiaan-MU.

51 : 21
"Tanda AKU dalam diri kamu. Kenapa tidak mahu lihat?"

Temu-kan aku dengan Tanda 'nama' Mu.

Allahumma.
Maaf.
Aku belum sempurna.
 


Wednesday 26 December 2012

HILANG.

Rasaku kian hilang.
Di timbusi oleh karat-karat dosa.

Allah.
Di mana arah ingin ku cangkul kembali
tanah tandus kontang yang pernah subur-segar ini?

Allah.
Sudah layu kah aku?

Rasa.
Pulanglah.