Tuesday 1 October 2013

*MENANGIS*

Aku sedih.
Macam biasa emak akan melayangkan babak hidupnya disana
Selaku anak yang menjadi saksi pahit getir dan anak sulung yang paling memahami
aku gagal sembunyikan rasa kecewa yang teramat angkara gelagat adik beradik
Sudah lama aku tidak mengalirkan air kerana aku melatih supaya sentiasa gembira
aku berpegang teguh kalimat 'qod aflaha mukminun' dan mendalaminya sepenuh hati
aku yakini orang beriman tidak akan tergugah oleh sebarang kebimbangan mahu pon dukacita
kerana tumpuannya terhadap allah memusat sebegitu maha tinggi hingga masalah
ibarat sampah kecil dicelahan gigi.

Tapi hari ini allah menyaksikan
betapa berduka nya hatiku kerana memasang telinga tentang 
aduan seorang emak yang hampir berkecai disebabkan karenah anak yang langsung enggan mengerti
hatiku menangis. Dan aku memilih untuk melakarkan tangisan hatiku itu diruang ini
semoga ia menjadi salah satu terapi bagi melegakan segala bentuk kedukaan

allah.
apa sangatlah kudrat yang aku ada sekarang ini?
dimana kemampuan yang aku ada untuk membantu?
aku tersepit ditengah-tengah suasana keluarga yang bermasalah
aku berjuang seorang diri untuk meluruskan kembali keluarga yang hancur berantakan
aku berkorban untuk memperbetulkan apa yang telah salah dan rabak.

allah.
apa yang Engkau sembunyikan disebalik semua ini?
sehingga bila 'gurau senda'MU akan menemui noktah?

aku takut aku penat

*menangis*

aku ingat semuanya sudah tamat
selepas allah membagikan suatu takdir yang tidak pernah aku minta
rupanya disebalik nikmat allah menghadirkan ujian yang berlipat

allah.
dimana harus aku mulakan?
hati ku amat berduka mendengar keluhan emak ku

aku takut aku penat
ya allah.....

aku serahkan urusan kedukaan ini kepada-MU

*menangis*

No comments:

Post a Comment